Monday, 30 December 2013

Burger Bakar Kafila Maju!!

Assalamuaalaikum...

Lama tak update blog ni...maklum lah sibok..

Ok..hari ini,saya nak bagitahu yang Restoran KafilaMaju telah ada Burger Bakar!!woohooo!!
Stall Burger Bakar ni baru saja dibuka dalam dua minggu yang lepas..
Macam - macam jeis burger yang diorang sediakan...
cheesy burger ade..black pepper burger ade...meatball pun ade gak...
korang nak berape banyak patty burger..ikot suka kamu semua..
daging yang sedap,enak dan lembut!!!whooaa!!
Korang boleh mendapatkan nya dengan harga serendah RM6.50!!!
Rugi beb kalau tak mencubanya...
Apa lagi jom singgah Burger Bakar di Restoran Kafila Maju.!!!




Thursday, 6 June 2013

Wifi dan Astro Kini di Restoran Kafila Maju

Kini anda boleh menikmati siaran astro di resotran kami. Anda boleh menonton siaran bola sepak tempatan mahupun antarabangsa dan cerita - cerita menarik yang terdapat dalam siaran astro kami. sambil menikmati masakan sedap kami sambil menonton astro...Best!!!


Dan satu lagi,kami juga telah memasang Wifi di  restoran kami. Kini anda boleh lah melayan Facebook,Twitter,Instagram sambil duduk - duduk minum teh tarik bersama kawan - kawan anda. Yang paling penting sekali, inya FREE!!!

Saya ulangi sekali lagi...FREEE!!!!!!..

Jom lah datang ke Restoran Kafila Maju!

nak tengok akademi fantasia pun boleh..hehehe



facebook,twitter,instagram,google..yang penting FREE!!

Wednesday, 5 June 2013

Suasana Restoran Kafila Maju pada tengah hari

Asalamualaikum...

Kepada sesiapa yang belum tahu bahawa restoran kami juga dibuka untuk makan tengah hari. Pelbagai lauk pauk selera kampung dijual di restoran. Waktu tengah hari memang 'pack' dengan orang ramai yang datang untuk menikmati hidangan tengah hari. Ini berikutan restoran kami yang berdekatan dengan bank - bank seperti Maybank dan BSN, terminal bas Pontian, pejabat - pejabat swasta dan awam serta kedai - kedai yang berada di kawasan sekitarnya.

Jadi jemput lah datang ke restoran kami. Inshaallah, anda akan berpuas hati dengan dengan makanan yang kami sediakan.





Thursday, 9 May 2013

HARGA MENU MAKANAN TERBARU DI KAFILA MAJU

Asslamualaikum semua...

Hari ini saya paparkan kepada anda harga terbaru menu makanan dan minuman di Restoran Kafila Maju. Jangan risau,harga di restoran kami sungguh berbaloi dengan kesedapan makanan yang kami hidangkan. Anda pastikan berpuas hati dengan apa yang kami berikan.

Ok la,tanpa membuang masa, saya paparkan kepada anda menu masakan dan minuman di Restoran Kafila Maju.





Jika anda mahu membuat tempahan katering atau order makanan, boleh lah hubungi no telefon yang tertera di menu makanan. Sekian, terima kasih.

Saturday, 6 April 2013

Penghargaan daripada Ibu Pejabat kontinjen Kuala Lumpur

Baru - baru ini MZM Catering milik pengurus restoran telah mendapat penghargaan daripada  Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur kerana telah memberi perkhidmatan katering yang terbaik kepada mereka sejak tahun 2011. Ini menunjukkan kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam bidang katering dan restoran.





Friday, 5 April 2013

Menu Makanan Dan Senarai Harga di Restoran Kafila Maju

Berikut adalah senarai harga maknan yang terdapat di Restoran Kafila Maju :


Semua makanan di restoran sedap - sedap belaka. Jemput lah datang ke restoran kami yang di buka pada pukul 11:00 pagi sehingga 1:30 pagi.

Thursday, 28 March 2013

Lokasi Restoran Kafila Maju

Bagi yang tertanya - tanya lokasi Restoran Kafila Maju ini boleh lah lihat peta di bawah ini.

Alamat : No.1, Jalan Delima 5, Pusat Perdagangan Pontian,
              82000,Pontian, Johor Darul Takzim.



Lokasi restoran adalah yang bertanda anak panah hijau. Ia berada berdekatan dengan Terminal Pengangkutan Bas Pontian, satu jalan dengan Bank Maybank dan Bank Barisan Nasional (BSN), berada di bawah pusat gim dan berada di hadapan Restoran Awana.

Mencari restoran ini tidak susah kerana dari jalan utama sudah nampak signboard Restoran Kafila Maju. Signboardnya adalah seperti di bawah.

Jika sudah tahu..apa lagi jom lah datang ke Restoran Kafila Maju. Kami akan melayan anda dengan begitu mesra dan menyajikan anda dengan makanan yang enak dan lazat. Insha Allah anda pasti ingin datang lagi setelah menikmati hidangan di restoran kami

Wednesday, 27 March 2013

Perasmian Pembukaan Restoran Kafila Maju

 Pada 23 March 2013 bersamaan 11 Jamadilawwal 1434 Hijrah telah berlangsungnya majlis doa selamat pembukaan Restoran Kafila Maju. Pelbagai hidangan telah dihidangkan secara percuma kepada tetamu yang hadir seperti  ikan siakap masak 3 rasa , tomyam campur , kailan masak ikan masin dan lala masak sambal.